Recipe Karipap
Rabu, 5 Jun 2013 @ 8:42 PG | 0 Comment [s]
ASSALAMUALAIKUM ..memandangkan cuti sekolah bersama cuaca peak summer , dan menjadi babysitter dakk Affan . aku terasa nak buat karipap pulak pepetang cuti sekolah gini en . (apa hal pulak peak summer makan karipap mcm tak kena pulak) ah aku tak kisah semua tuu , dari aku meniarap hadap laptop , tidur terbongkang atas katil baik aku mengasapkan dapur Puan Che nii .janji perut kenyang hati pun senang . tak gitu ? Ihiks . poyo je macam Azwan Ali pulak nak masuk dapoq . amboii , kemain ! seriously aku memang suka gila masak , sebabnyaa kalau aku masak mesti ada orang menyibok nak rasa kemain , tapi habis semangkuk . rasa katanyaa .. yelaa , kalau aku masak sedap ada orang makan , kalau aku masak tak sedap tong sampah yang habiskan . perangai nauzubillah , membazir . persyaitooooon semua tuu . wkwkwkwkw . Astafirullah .
Let's start ....(merecikk peluhh guwa you alls) eeeeee xD
untung housing karipap (pepandai aku ja reka) Tepung gandum ( 4 cawan - 6 ) agak je nii
Minyak masak ( 3 sudu besar)
Garam (Ikut ratio tepung ye)
Mentega ( kalau nak karipap lagi gebu boleh lah guna)
Air sejuk (ikut ratio tepung , kena pandai agak)
Bahan untuk inti
:Keledek / ubi kentang . ( kena pandai agak tau)
Rempah kari (2-3 sudu)
Daging / daging ayam ( potong dadu )
Daun kari (2 tangkai)
Bawang putih (3 ulas)
Bawang merah ( sebahagian shj)
Garam & Gula - secukup rasa .
Kuib pati ayam - taknak guna pun takpe .
Air - (2-3 cawan )
Daun sup .
Cara-cara memasak inti .
1 . Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kuning .
2 . Masukkan ayam dan biarkan sehingga garing . selepas itu , masukkan daun kari .
3. Jangan biarkan bahan tersebut hangit , masukkan air .
4 . Masukkan keledek / ubi kentang seterusnya tambah serbuk kari ke dalamnya .
5 . Masukkan garam dan kuib pati ayam .
6 . Agak inti sudah mula menjadi kering , masukkan gula dan daup sup .
7 . Taraaaaa , bila dah siap . Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk .
Cara-cara buat housing dia pulak ....
1. Panaskan minyak bersama mentega ke dalam kuali .
2 . Angkat kuali tersebut dan tuang ke atas tepung .
3 . Tuangkan air mengikut ratio , tambahkan garam dan uli tepung tersebut ..... jangan sampai lembik ye kawan kang jadi bubur tepung kang tak pepasal . wkwkwkwkwk.
Bila dah siap , boleh lah clim kan dia!!
Haha , actually aku takda la mahir sangat buat karipap nii . saja saja je update , sebabkan lama lah jugak meninggalkan alam tembus blog aku ni .. mana lah tahu , bila orang google je taip "Resepi Karipap" tuptup , naik link buruk blog aku . ok itu bangang ! kalau ada sesiapa yang pro dalam pembuatan karipap nii boleh lah tolong ajarii aku yahh? Ilmu jangan kedekut >,< *ok tetiba*
|
|